Posts

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Image
  Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah. Penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dapat membantu murid-murid memahami tajuk pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Selain itu, murid-murid juga dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan seronok dan berkesan sekiranya dengan kehadiran bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran murid.               Dalam pengajaran kemahiran penulisan karangan untuk murid-murid Tahun 4 ini, bahan bantu mengajar pertama yang saya gunakan ialah kotak misteri. Penggunaan kotak misteri dapat merangsang sikap naluri ingin tahu pada murid-murid. Ini dapat melahirkan semangat belajar yang tinggi untuk murid-murid kerana murid-murid akan cuba meneka benda misteri yang terdapat dalam kotak tersebut. Ini memberikan peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembejaran.                Durian belanda pula merupakan bahan maujud yang dig

Rancangan Pengajaran Harian KEMAHIRAN MENULIS

  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran         :    Bahasa Melayu Tarikh                       :     4.3.2019 (Isnin) Kelas                          :    4  Bestari Masa                          :     8.00 pagi – 9.10 pagi (40 minit) Bilangan Murid        :    20 orang Tema                          : Saya Hidup Saya Cergas Tajuk                          :   Penulisan -   Karangan Jenis Autobiografi                                                            (Aku Sebiji Durian Belanda) Pengetahuan Sedia Ada       :     i.) Murid-murid pernah menulis karangan jenis di bawah                                                          bimbingan guru.                                                       ii.) Murid-murid mengetahui ciri-ciri buah-buahan.   Strategi Pengajaran dan pembelajaran    : Pembelajaran Koperatif, Belajar Cara Belajar   Standard Kandungan:   3.7     Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan                                

Pendekatan Kemahiran Menulis

Image
  Pendekatan Kemahiran Menulis Kemahiran  menulis  merupakan  kemahiran  kognitif  yang  kompleks dan merupakan  tugas  mencabar  bagi  guru  dan  murid  ketika  sesi  pengajaran  dan pembelajaran. Dalam pengajaran  dan  pembelajaran  kemahiran menulis karangan, guru dan murid-murid perlu bekerjasama dan  memainkan  peranan  yang  sama  penting .  Dalam  situa si pengajaran  dan  pembelajaran  di  dalam  kelas, guru  bukan  sahaja berperanan sebagai pengajar tetapi juga  sebagai  pembimbing  dan  fasilitator bagi  mewujudkan  persekitaran kelas mengarang yang  kondusif.  Justeru ,  dalam  pengajaran kemahiran menulis karangan,  guru perlu mempelbagaikan pendekatan menulis berdasarkan keadaan dan kemampuan murid di kelas.               Dalam pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan karangan sememangnya terdapat pelbagai pendekatan yang dapat diaplikasi. Sebenarnya tiada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan untuk pelajar-pelajar di dalam