Posts

Cikgu Mesti Tahu ! Apa maksud TOV, ETR, OTI, AR, GPMP, GPS sekolah ??

Image
Memahami Istilah Penting dalam Prestasi Peperiksaan Murid: TOV, ETR, OTI, AR, GPMP, dan GPS Bagi semua guru, pentadbir sekolah, murid, dan ibu bapa, memahami istilah-istilah seperti TOV, ETR, OTI, AR, GPMP, dan GPS adalah sangat penting. Istilah-istilah ini berkait rapat dengan prestasi peperiksaan murid dan menjadi asas dalam merancang strategi pembelajaran serta penilaian. Berikut adalah penjelasan ringkas tentang setiap istilah tersebut: 1. TOV (Take-Off Value) TOV atau  Take-Off Value  merujuk kepada nilai permulaan atau titik tolak bagi seseorang murid berdasarkan potensi dan pencapaian akademik sedia ada. Nilai ini ditentukan berdasarkan prestasi murid dalam setiap mata pelajaran. Cara Menentukan TOV: TOV boleh dikenal pasti melalui keputusan peperiksaan akhir tahun bagi murid tahun 1 hingga tahun 5 (bagi calon UPSR), tingkatan 1 dan 2 (bagi calon PMR), serta tingkatan 4 (bagi calon SPM). Bagi murid tahun 1, tingkatan 1, dan tingkatan 4, ujian pertengahan tahun juga bole...

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Image
  Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah. Penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dapat membantu murid-murid memahami tajuk pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Selain itu, murid-murid juga dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan seronok dan berkesan sekiranya dengan kehadiran bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran murid.               Dalam pengajaran kemahiran penulisan karangan untuk murid-murid Tahun 4 ini, bahan bantu mengajar pertama yang saya gunakan ialah kotak misteri. Penggunaan kotak misteri dapat merangsang sikap naluri ingin tahu pada murid-murid. Ini dapat melahirkan semangat belajar yang tinggi untuk murid-murid kerana murid-murid akan cuba meneka benda misteri yang terdapat dalam kotak tersebut. Ini memberikan peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembejaran. ...

Rancangan Pengajaran Harian KEMAHIRAN MENULIS

  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran         :    Bahasa Melayu Tarikh                       :     4.3.2019 (Isnin) Kelas                          :    4  Bestari Masa                          :     8.00 pagi – 9.10 pagi (40 minit) Bilangan Murid        :    20 orang Tema                          : Saya Hidup Saya Cergas Tajuk        ...