Rancangan Pengajaran Harian KEMAHIRAN MENULIS

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran        :   Bahasa Melayu

Tarikh                      :    4.3.2019 (Isnin)

Kelas                         :    4  Bestari

Masa                         :    8.00 pagi – 9.10 pagi (40 minit)

Bilangan Murid       :   20 orang

Tema                         : Saya Hidup Saya Cergas

Tajuk                         :  Penulisan -  Karangan Jenis Autobiografi
                                                           (Aku Sebiji Durian Belanda)

Pengetahuan Sedia Ada       :    i.) Murid-murid pernah menulis karangan jenis di bawah
                                                        bimbingan guru.
                                                    ii.) Murid-murid mengetahui ciri-ciri buah-buahan.

 Strategi Pengajaran dan pembelajaran   : Pembelajaran Koperatif, Belajar Cara Belajar

 

Standard Kandungan:  3.7   Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan
                                                  betul.

                                         5.1  Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul
                                                  mengikut konteks.                          

Standard Pembelajaran :     3.7.2   Menghasilkan penulisan kreatif jenis imaginatif
                                                                   berbentuk keperihalan, autobiografi dan dialog
                                                                  dengan betul.

                                                       5.1.5   Memahami dan menggunakan kata adjektif sifatan
                                                                  dan perasaan dengan betul mengikut konteks.

 

Objektif  :

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

             i.) Murid dapat menyatakan dan  menggunakan kata adjektif yang betul berdasarkan     
       rangsangan yang diberikan.

             ii.) Murid dapat memberikan gambaran dan mengumpulkan isi-isi penting tentang
       tajuk   karangan tersebut.

             iii.) Murid  dapat menulis suatu karangan yang bertajuk “ AKu Sebiji Durian Belanda”
       dalam buku latihan penulisan.

 

Kemahiran Bahasa   :    Mendengar , bertutur , membaca dan  menulis.

Sistem Bahasa           :    Morfologi  (Kata adjektif, Kata tanya)

Pengisian Kurikulum :

1.        Ilmu                              :           Sains, Pendidikan Moral

2.        Penerapan Nilai            :           Keberanian, Menjaga Keselamatan, Bekerjasama,
                                                        Berdisiplin, Menjaga Kesihatan

3.        Kecerdasan Pelbagai    :   Verbal-linguistik,Intrapersonal, Interpesonal, Visual-
                                                     Ruang ,Muzik dan Kinestetik
                                                    

4.        Kemahiran Berfikir      :  Menghubungkait, mengenalpasti, mencirikan, menjana
                                                   idea, mentafsir data dan merumus

5.        EMK   :   Kreatif dan Inovasi,   Keusahawanan, Teknologi Maklumat & Komunikasi       

6.       Kajian Masa Depan       :   Pengumpulan maklumat

Bahan Bantu Mengajar      : Kotak misteri, durian belanda, slaid powerpoint, lembaran
                                                 borang pengurusan grafik,  kad bergambar, frogVLE dan
                                                 video.
                                          

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

 

Set Induksi

(5 minit)

 


 
Kotak Misteri

 

 

 

Slaid ciri-ciri benda maujud



 

 

1. Guru menunjukkan sebuah kotak misteri yang mengandungi
“benda maujud” kepada murid-murid.

 

2. Dengan berpandukan ciri-ciri yang ditayangkan dalam slaid, murid-murid meneka benda maujud yang terdapat dalam kotak.

 

3. Wakil murid mengeluarkan benda maujud yang terdapat dalam kotak.

 

4. Guru mengaitkan ciri-ciri benda maujud (durian belanda) dengan tajuk pengajaran hari ini.

 

 

BBM :
- Kotak Misteri
- Slaid powerpoint

KB :
-menghubungkait

- mengenalpasti

 

KP:
- Visual-ruang
- Intrapersonal

Nilai:
-Keberanian

EMK:
- Keusahawanan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

 

 

Langkah 1

(3 minit)

 

Slaid ciri-ciri durian belanda :


 
 

 

 

 


Aktiviti: Murid memerhatikan buah durian dengan menggunakan deria rangsangan.


 

1. Guru menayangkan slaid power point berkaitan dengan ciri-ciri durian belanda.

2. Murid-murid membaca perkataan / frasa yang terdapat dalam slaid.

3. Guru mengeluarkan durian belanda sebenar dan memotongnya untuk diperhatikan oleh murid.

4. Guru menerapkan nilai murni menjaga keselamatan iaitu kita haruslah berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam seperti pisau.

5. Murid-murid menggunakan deria untuk melihat, menghidu, merasa dan menyentuh buah durian belanda yang disediakan oleh guru.

6. Murid-murid menyatakan ciri-ciri yang terdapat dalam buah durian belanda dengan menggunakan kata adjektif yang sesuai.

 

BBM :
- Durian belanda
- Slaid powerpoint

KB :
-menghubungkait

- mengenalpasti

- menyenaraikan

 

KP:
- Visual-ruang
- Intrapersonal
- Verbal-Linguistik
- Kinestetik

Nilai:
- Menjaga Keselamatan
- Berdisiplin

EMK:
- Keusahawanan
- Kreatif dan Inovasi

 

Langkah 2

 

 

Petikan teks:
Rujuk Lampiran

 

 

 

Kad Bergambar:

Kumpulan 1

Ciri-Ciri Fizikal Durian Belanda

 

Kumpulan 2
Proses Durian Belanda

 

Kumpulan 3
Kegunaan Durian Belanda

 

 

Soalan:

1. Apakah bentuk durian belanda?

(Bujur)


2.Apakah ciri -ciri warna kulit dan isi buah durian belanda?
(Kulit - Hijau, berduri kecil
Isi – Putih dan rasa masam-masam manis)


3. Di manakah durian belanda didapati?

(Ladang atau pasar)


4. Berapakah harga sebiji durian belanda?
(Mahal)

 

5. Apakah kegunaan durian belanda?

(merawat masalah kulit,

Mencegah barah dan cirit-birit)

 

 

1. Guru meminta murid mengelik pautan yang disediakan dalam frog VLE.

 

 

2. Murid-murid diminta membaca dan meneliti kad bergambar mengikut kumpulan masing-masing.

3. Murid-murid diminta berbincang mengikut kumpulan dan menyatakan isi-isi penting secara lisan.

4. Murid-murid disarankan agar menggunakan kata tanya dan karta adjektif sebagai salah kaedah untuk mendapatkan isi-isi penting.

5. Murid-murid menyoal antara satu sama lain dengan ahli kumpulan untuk mengumpul maklumat isi-isi dalam penulisan.

 

 

 

 

 

 

 

 

BBM :
- frog VLE
- Kad  bergambar

 

 

 

KB :
-menghubungkait

- menjana Idea
- mentafsirkan data

- mencirikan

KP:
- Visual-ruang
- Interpersonal
- Intrapersonal
- Verbal-Linguistik

Nilai:
-Bekerjasama

EMK:
- Kreatif dan Inovasi

 

 

Langkah 3

(4 minit)

 

Aktiviti:
Mencatatkan isi-isi penting dalam borang pengurusan grafik.


 

 

 

 

 
 

 

 


1. Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada murid-murid.

2.Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan dan mencatatkan isi-isi penting dalam borang pengurusan grafik yang diberikan.

3. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan secara “gallery walk”.

4. Murid-murid dari kumpulan lain dan guru menyemak hasil penulisan yang dikemukan oleh murid.

 

BBM :
- Borang Pengurusan Grafik

KB :
-menghubungkait

- mentafsirkan data

 

KP:
- Interpersonal
- Intrapersonal
- Verbal-Linguistik

Nilai:
- Keberanian
- Bekerjasama

 

EMK:
- Keusahawanan

 

Penutup

(5 minit)

 


 
Tayangan Video:
Aku Durian Belanda”

 

 

 

Rujuk:https://www.youtube.com/watch?v=l295dvQwEHQ

 

1. Murid-murid menyanyikan lagi “Aku Durian Belanda”

2. Murid-murid merumuskan isi pembelajaran hari ini.

3. Guru menerapkan nilai menjaga kesihatan iaitu kita haruslah makan buah-buahan kerana buah-buahan berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

4.  Murid-murid diminta menyiapkan karangan yang bertajuk “Aku Sebiji Durian Belanda” sebagai kerja rumah.

 

 

BBM :
- Video

KB :
-Merumus

-Menggubungkait

 

 

KP:
- Muzik

Nilai:
- Menjaga Kesihatan

 

EMK:
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Comments

Popular posts from this blog

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Pendekatan Kemahiran Menulis