Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

 

Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah. Penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dapat membantu murid-murid memahami tajuk pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Selain itu, murid-murid juga dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan seronok dan berkesan sekiranya dengan kehadiran bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran murid.

             Dalam pengajaran kemahiran penulisan karangan untuk murid-murid Tahun 4 ini, bahan bantu mengajar pertama yang saya gunakan ialah kotak misteri. Penggunaan kotak misteri dapat merangsang sikap naluri ingin tahu pada murid-murid. Ini dapat melahirkan semangat belajar yang tinggi untuk murid-murid kerana murid-murid akan cuba meneka benda misteri yang terdapat dalam kotak tersebut. Ini memberikan peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembejaran.


 

             Durian belanda pula merupakan bahan maujud yang digunakan sebagai panduan menulis karangan yang bertajuk “Aku Sebiji Durian Belanda” Murid-murid bukan setakat dapat melihat durian belanda dengan mata sahaja, tetapi juga boleh menyentuh, menghidu dan merasa ciri-ciri yang terdapat dalam durian belanda itu. Ini memberikan gambaran sebenar kepada murid-murid dalam membantu mereka menghasilkan karangan “Aku Sebiji Durian Belanda”


 

 Kad bergambar telah digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan perisitiwa yang terdapat dalam gambar-gambar dijadikan bahan untuk murid-murid menyiapkan sebuah penulisan. Bahan bantu mengajar ini dilaksanakan menerusi perbincangan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan diedarkan kad bergambar yang berbeza mengikut tajuk kecil dalam penulisan karangan. Murid-murid meneliti gambar yang dipamerkan dan memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan tentang gambar. Akhirnya murid-murid juga dapat  mencatat isi-isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat.

Kad bergambar mengikut kumpulanseperti berikut,


 
Kumpulan1 (Perenggan Pertama )

 

 

 

 

 

 


 
Kumpulan 2 (Perenggan Kedua )

 

 

 

 

 


Borang pengurusan grafik juga digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran kemahiran menulis karangan. Borang pengurusan grafik bertepatan dengan penggunaan teknik carta aliran dalam kelas. Teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah carta berdasarkan proses-proses penghasilan bahan atau produk. Teknik ini bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Peringkat-peringkatnya boleh ditunjukkan menggunakan penanda “anak panah’’. Ini membantu murid memahami isi-isi yang ingin disampaikan dan seterusnya menulis karangan dengan mengikut susunan  yang betul.

 Akhirnya bahan bantu mengajar slaid powerpoint dan video juga digunakan dalam pembelajaran hari ini. Ini dapat menarik minat murid kerana menyeronokkan,ditambah lagi dengan iringan muzik yang bersesuaian. Contoh tayangan slaid tentang ciri-ciri tentang durian belanda dapat membantu murid-murid memahami isi-isi dalam menghasilkan sebuah karangan yang lengkap.

Comments

  1. PokerStars Casino | Jumba, MD - MPRG
    Jumba, MD poker 동해 출장안마 and casino. Get directions, reviews 양주 출장안마 and information for Jumba Casino in 포항 출장샵 Address: 067 W. Flamingo Rd. Flamingo 강릉 출장마사지 Rd, 당진 출장샵 Flamingo, IL 89301.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rancangan Pengajaran Harian KEMAHIRAN MENULIS

Pendekatan Kemahiran Menulis